fbpx

Tubuh RCI buat Najib – NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidah menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Gerakan Keadilan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak mahu sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan supaya siasatan secara menyeluruh ke atas kes SRC International membabitkan bekas Perdana Menteri itu dapat dijalankan.

Wakil koordinator, Datuk Hamidah Osman berkata, penyerahan memorandum tujuh muka surat itu bertujuan memohon Peguam Negara yang baharu mencadangkan kepada kerajaan supaya mewujudkan sebuah RCI.

“Yang terbaik adalah untuk tubuhkan RCI kerana Najib telah dipenjarakan. Penubuhan RCI itu supaya siasatan dan kajian dapat dijalankan secara menyeluruh meliputi perjalanan kes dan pelantikan hakim.

“Kita mohon Peguam Negara mencadangkan kepada kerajaan untuk tubuhkan RCI sebab dalam hal ini kita lihat banyak keraguan-keraguan yang timbul,” katanya selepas menyerahkan memorandum di Pejabat Peguam Negara di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hamidah mendakwa proses perbicaraan kes SRC membabitkan bekas ahli Parlimen Pekan itu tidak mendapat keadilan sewajarnya.

Selain itu, Hamidah turut mendakwa bahawa kes Najib merupakan pertuduhan politik dan bukannya kes jenayah sebenar.

“Satu tindakan drastik dan pantas harus diambil oleh kerajaan bagi memastikan Najib yang telah banyak berjasa diberikan ruang keadilan secukupnya dengan penubuhan RCI,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI