fbpx

Kekurangan telur di Pantai Timur bawah bidang kuasa pembekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Isu kekurangan penghantaran telur ayam kepada peruncit di kawasan Pantai Timur Semenanjung bukan berpunca daripada ladang penelur sebaliknya di bawah bidang kuasa pembekal.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Tan Chee Hee berkata, pihaknya memberi jaminan tiada isu yang menjejaskan pengeluaran telur ayam ketika ini.

“Di bawah keadaan yang menggalakkan dan hasil pengeluaran telur semasa yang baik, industri ayam penelur terus memenuhi semua permintaan bekalan kepada pembekal.

“Laporan media mengenai kekurangan penghantaran kepada peruncit di Pantai Timur adalah di bawah bidang kuasa pembekal dalam rantaian bekalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan Persatuan Pengusaha Restoran Melayu Kelantan (PERMEKA) resah selepas mendakwa bekalan telur di negeri itu kritikal.

Pengerusinya, Nik Hassan Mohd Zain berkata, situasi itu menyebabkan mereka terpaksa mengeluarkan kos lebih tinggi untuk mendapatkan bekalan apabila pembekal tidak dapat menyediakan stok yang diperlukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI