fbpx

Himpunan 16 September: Hilman Idham dipanggil beri keterangan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hilman Idham

PETALING JAYA – Polis memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham untuk memberi keterangan berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia yang akan dianjurkan pada Sabtu ini, di Kuala Lumpur.

Muhammad Hilman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya dipanggil untuk memberikan keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 pagi, esok.

Ujarnya, ini adalah intimidasi bagi menakut-nakutkan rakyat yang mahu mendesak pendakwaan semula ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jelas lah kerajaan ini layak digelar ‘Kerajaan ReforMATI’ kerana bersifat hipokrasi terhadap idealisme dan prinsip perjuangan mereka.

“Saya menyeru kepada seluruh ketumbukan anak muda dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama turun ke Kuala Lumpur pada 16 September ini (Sabtu) demi menyelamatkan Malaysia yang kita cintai,” katanya.

Terdahulu, Pemuda Perikatan Nasional (PN) akan menggerakkan himpunan aman pada 16 September depan di hadapan kompleks beli-belah Sogo bagi memulakan kempen Selamatkan Malaysia susulan keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai permulaan sebelum menggerakkan satu kempen jelajah Selamatkan Malaysia ke seluruh negara.

Beliau berkata, terdapat dua isu akan difokuskan oleh pihaknya iaitu pelepasan tanpa bebas terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk dengan 47 kes rasuah dan pengubahan wang harap serta isu badan kehakiman dan sistem perundangan negara yang disifatkan sebagai kian meruncing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI