fbpx

Dewan Rakyat: Syed Saddiq hero rakyat Malaysia – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (kiri), Syed Saddiq (kanan).

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai hero rakyat Malaysia.

Ia berikutan langkah Ahli Parlimen Muar itu membawa partinya keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) kerana membantah pengguguran kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya nak mengucapkan tahniah kepada Muar (Syed Saddiq) hero rakyat Malaysia. Hero rakyat Malaysia sekarang,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kelmarin, Syed Saddiq mengumumkan Muda keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Beliau dipetik berkata, tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah melibatkan Ahmad Zahid menyukarkan Muda untuk terus kekal berada dalam kerajaan.

Terdahulu, Shahidan meminta Kerajaan Perpaduan meletakkan hala tuju terhadap 47 kes tersebut sama ada mahu menarik balik terus kes itu atau mahu mendakwa semula.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI