fbpx

Tular dua remaja bertumbuk di Melor dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dua remaja lelaki bertumbuk di kawasan tanah lapang di Kampung Bukit Kecik, Melor pada minggu lalu.

KOTA BHARU – Dua remaja lelaki yang dipercayai bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini minggu lalu sehingga video pergaduhan mereka tular di media sosial akan dipanggil polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11.18 pagi tadi berhubung video yang memaparkan dua remaja lelaki bertumbuk dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki lain.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang pada 7 September lalu di kawasan tanah lapang di Kampung Bukit Kecik, Melor.

“Kedua-dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Ketereh.

“Kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. Sehubungan itu, dua remaja yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar pergaduhan itu sedang giat dijalankan.

Menurutnya, saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd. Apandi di talian 017-250 9251 atau 09-775 2200 atau di balai polis berhampiran.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan dua remaja bertumbuk di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lain.

Saksi yang terlibat dalam kejadian itu juga hanya memerhatikan pergaduhan tersebut dan tidak bertindak untuk menghentikan perbuatan mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI