fbpx

Polis tunggu siasatan JIPS insiden kasari pengamal media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menyampaikan ucapan di Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Polis sedang menunggu laporan siasatan penuh insiden pengamal media dikasari pegawai pengiring menteri pada kempen politik sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Selasa lalu bagi mempertimbangkan tindakan yang akan diambil.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan kes berkenaan sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Polis Kontinjen Johor telah membuka kertas siasatan di bawah tatatertib JIPS, jadi kita tunggu apa hasil siasatan kes tersebut.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Hari Ulang Tahun Pasukan Gerakan Udara (PGU) ke-44 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara (PLPGU), di sini hari ini.

Menurut Ayob Khan, pihaknya perlu mendengar penjelasan kedua-dua pihak berhubung insiden berkenaan, namun setakat ini tiada laporan polis diterima daripada mangsa.

Beliau berkata, difahamkan kejadian itu berlaku ketika tetamu kenamaan sedang berjalan ke kenderaan di mana pengamal media mengikut dari belakang.

“Kalau macam ini (sidang media hari ini) ‘oklah’, nampak tersusun. Mungkin ketika insiden itu, tetamu kenamaan sedang berjalan untuk naik kenderaan dan mereka (media) ikut dari belakang.

“Tugas pegawai pengiring adalah untuk memastikan tiada halangan di laluan tetamu kenamaan, bagi mengelakkan terjatuh atau sebagainya. Mungkin dalam keghairahan pihak media (mendapatkan berita), berlaku sedikit kekasaran,” katanya.

Kelab Media Johor dalam kenyataan sebelum ini mendakwa, beberapa pegawai pengiring telah menghalang pengamal media dengan menyentuh tangan seorang wartawan wanita yang sedang merakam sidang media.

Pegawai pengiring juga didakwa mencubit belakang pinggang seorang lagi wartawan wanita beberapa kali bertujuan untuk menghalangnya melaksanakan tugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI