fbpx

Enggan bayar parkir, MPK tunda 150 kenderaan sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang ditunda oleh Jabatan Penguatkuasa MPK di sekitar Klang.

KLANG – Keenganan membayar kupon parkir antara faktor utama Majlis Perbandaran Klang (MPK) bertindak tegas menunda purata 150 kenderaan sebulan di sekitar daerah ini.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, statistik pihaknya merekodkan sebanyak 1,352 kenderaan ditunda sepanjang tempoh Januari hingga Julai lalu.

Tegas beliau, beberapa faktor dikenal pasti mengenai tindakan pihak yang sengaja meletak kenderaan di merata tempat.

“Mereka tidak mahu membayar kupon letak kereta selain kepadatan kenderaan di kawasan perniagaan ketika waktu pejabat.

“Justeru, MPK tidak akan berkompromi dan turut mengambil tindakan ke atas kenderaan awam yang parkir di tempat khas Orang Kurang Upaya (OKU) tanpa pelekat ditetapkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Norfiza, Bandar Baru Klang dan Klang Selatan antara kawasan perniagaan yang menjadi tumpuan bagi tindakan penundaan kenderaan.

Lokasi itu antaranya Jalan Mohet/Jalan Tali Air, Jalan Stesen /Jalan Stesen 1, Jalan Raya Timur, Jalan Datuk Hamzah dan Jalan Tengku Kelana.

“Kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang kerap parkir di bahu jalan sehingga mengganggu lalu lintas,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI