fbpx

Kereta berpusing jalan licin dituang minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kenderaan berpusing selepas melalui jalan dipercayai dituang minyak di Klang.

PETALING JAYA – Beberapa kenderaan berpusing selepas melalui jalan yang dikatakan dituang minyak dalam kejadian pada waktu malam di sebuah laluan di Klang.

Kejadian itu dirakam menerusi video papan pemuka (dashcam) salah seorang mangsa yang memperlihatkan detik cemas kenderaannya berpusing sewaktu melalui jalan tersebut.

Dalam video itu, kedengaran suara dua individu dalam kenderaan tersebut dan seorang mangsa wanita menjerit apabila kereta yang mereka naiki berpusing sehingga melawan arus.

Bagaimanapun, ia berjaya dikawal serta tidak melanggar ke tembok pembahagi jalan dan mereka difahamkan dalam keadaan baik.

Selepas itu, kelihatan sebuah lagi kenderaan dilihat terhuyung-hayang sebaik melalui jalan tersebut dan ia berjaya dikawal, disusuli sebuah motosikal.

Kemudian, datang satu lagi kenderaan menerima nasib sama seperti pemilik ‘dashcam’ itu yang mana ia berpusing hingga melawan arus.

Dalam pada itu, orang ramai melepaskan kemarahan dan berharap sekiranya minyak itu ditumpahkan oleh mereka yang tidak bertanggugjawab, pelaku akan mendapat hukuman setimpal.

“Sememangnya syaitan berhati busuk. Kalau mati mengejut, tanggunglah karma,” kata Yong Kam Hong.

“Semoga celaka kepada pelaku jika ini perbuatan khianat,” marah Riduan Mohd. Yunus.

“Bahaya kalau sampai hilang nyawa,” kata Mazliza Zakaria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI