fbpx

Parkir dijual harga hampir 3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyiar komersial Belanda RTL Nieuws menggelarnya sebagai tempat letak kenderaan paling mahal di Belanda. - FUNDA.NL

AMSTERDAM  – Sebuah tempat letak kenderaan di Belanda diiklankan untuk dijual pada harga €495,000 (RM2.52 juta) atau lebih mahal daripada  purata harga sebuah rumah, lapor akhbar The Time of India semalam. 

Lot parkir yang terletak di PC Hooftstraat, bersebelahan Vondelpark yang terkenal di Amsterdam itu diiklankan dijual di laman web hartanah Belanda, funda.nl. 

Ia juga terletak tidak jauh dari lokasi tarikan utama pelancong seperti Muzium Van Gogh dan Rijksmuseum. 

Penyiar komersial Belanda RTL Nieuws menggelarnya sebagai tempat letak kereta paling mahal di Belanda. 

“Terdapat beratus-ratus tempat letak kenderaan dijual di Belanda, namun harga untuk unit ini mencetuskan tanda tanya,” katanya dalam satu kenyataan. 

Tempat letak kereta itu juga boleh disewa pada harga 750 euro (RM3,827.69) sebulan.

Harga purata rumah di Belanda mencecah €430,000 euro (RM2.19 juta) pada 2023. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI