fbpx

Anwar terima kunjungan Rajinikanth, bincang filem akan datang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar pertemuan Anwar dan Rajinikanth yang dikongsi di laman Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan daripada bintang filem terkenal dari India, Rajinikanth di pejabatnya hari ini.

Anwar berkata, kunjungan tersebut adalah sebagai penghormatan kepadanya terhadap perjuangnya yang terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.

“Hari ini saya menerima kunjungan bintang filem India, Rajinikanth yakni satu nama yang tidak asing lagi di pentas dunia seni Asia dan antarabangsa.

“Saya hargai penghormatan yang diberikan beliau terhadap perjuangan saya khasnya terkait isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat,” tulisnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pertemuan itu turut membincangkan elemen kemasyarakatan yang diperjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem Rajinikanth  kelak.

“Dititipkan doa agar Rajinikanth terus cemerlang dalam lapangan dan dunia perfileman,” katanya.

Sebelum ini, Rajinikanth pernah beberapa kali ke Malaysia termasuk mempromosikan filem Kabali yang turut mengadakan penggambaran di Malaysia.

Kabali ialah filem ke-159 lakonan legenda filem Tamil itu, dan pelakon itu membawakan watak ketua mafia, mengambil inspirasi daripada kisah benar yang pernah diangkat ke layar perak berjudul Departed lakonan Jack Nickholson.

Filem tersebut ditayangkan pada 14 April 2016 turut membariskan tiga pelakon tempatan iaitu Datuk Rosyam Nor, Norman Hakim serta Zack Taipan turut diundang membintangi filem gangsterisme itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI