fbpx

Queenie pilih berguru di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUEENIE

RATU lempar cakera negara, Queenie Ting Kung Ni menjadikan China sebagai medan persediaan terakhir sebelum turun menghadapi Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September hingga 8 Oktober depan.

Queenie, 25, bersama jurulatihnya, Mohamad Ali Hamid ketika ini giat melakukan latihan di Sekolah Sukan Sichuan, Chengdu dengan fokus utama untuk memperbaiki teknik lemparannya.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 52.77 meter (m) itu juga mengakui, pemilihan China sebagai venue latihan adalah bagi mengadaptasi dengan faktor cuaca yang sama seperti di Hangzhou.

“Persediaan minggu pertama di sini berjalan dengan baik. Kami dapat kerjasama daripada pihak Sekolah Sukan Sichuan selain diberikan bimbingan jurulatih dan mentor di sini.

“Saya akan berada di sini sehingga Sukan Asia bermula. Selain adaptasi cuaca, saya juga boleh mendapatkan suasana latihan yang kompetitif dengan atlet-atlet China dan pada masa sama kurang gangguan.

“Fokus lebih kepada tingkatkan intensiti latihan kerana sasaran saya di Sukan Asia nanti adalah mencatat rekod baharu kebangsaan dan cuba menempatkan diri di ranking kelima terbaik Asia,” kata Queenie.

Realistiknya, peluang Queenie untuk cuba menaiki podium dilihat terlalu sukar tetapi tidak mustahil buat atlet dari Sarawak itu untuk muncul lima terbaik jika dapat memecahkan rekod kebangsaan miliknya.

Emas bagi acara itu dijangka menjadi milik bekas juara dunia tahun lalu dari China, Feng Bin yang meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia 2023 di Budapest, Hungary baru-baru ini menerusi catatan 68.20m.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI