fbpx

Gangguan seksual secara online semakin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah (empat kanan) memegang notis Anti Gangguan Seksual pada program Jerayawara Kasih KPWKM di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gangguan seksual terhadap golongan wanita secara ‘online’ dikesan semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, antara bentuk gangguan seksual secara ‘online’ menerusi media sosial yang kerap berlaku adalah penghantaran mesej dan gambar lucah kepada wanita.

“Mangsa juga boleh menerima gangguan seksual menerusi komen-komen diterimanya di media sosial.

“Mereka boleh mengambil tindakan dengan melapor (gangguan itu) kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program Jerayawara Kasih Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) @Advokasi Antigangguan Seksual.

Aiman Athirah menegaskan Akta Antigangguan Seksual 2022 akan membela golongan ini daripada terus menjadi mangsa.

Jelas beliau, perbuatan gangguan seksual tidak harus terus dinormalisasikan dalam kehidupan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI