fbpx

Netizen tak layan kes warga emas, tak campur, satu-satu buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ND Lala dan Marissa Dania, dua figura dengan angka siri usia yang jauh berbeza menghangat arus sensasi dunia hiburan dengan cerita dalam kain masing-masing.

PENJELASAN panjang lebar status perkahwinan penyanyi popular era 1980-an, Datuk ND Lala meraih reaksi pelbagai netizen.

Ketika nama anak gadis selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania meledak disebabkan dakwaan seorang wanita bahawa individu terbabit menyebabkan rumah tangganya berkecai, segelintir netizen pula berseloroh agar ND ‘berbaris’ untuk mendapat perhatian ramai.

Dakwa mereka, kisah Marissa yang kini berusia 18 tahun adalah apa yang sedang hangat diperkatakan ramai buat masa sekarang.

“Maaf pak cik kalau kes warga emas kami tak nak campur.

“Kita orang nak siasat kes Marissa ni. Satu-satu kita orang buka kertas siasatan,” demikian canda netizen dalam media sosial.

Semalam, dunia hiburan tanah air digembarkan dengan dua isu yang menuai emosi dan pendapat ramai.

Yang pertama berhubung dakwaan seorang wanita yang mendedahkan kisah hitam Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Dania Hakim sebagai penyondol rumah tangga sehingga meruntuhkan mahligai bahagianya.

Kedua, sekitar lewat petang, termometer dunia seni tanah air terus menggelegak apabila akhirnya, bapa kepada penyanyi Shila Amzah iaitu ND Lala, 62, membuat pengumuman panjang lebar berkenaan status perkahwinan dirinya dengan bekas isteri, Fauziah Saman.

Kata ND yang cukup dikenali menerusi lagu Diari YB mengakui sudah menceraikan Fauziah selepas bernikah dengan isteri mudanya, Siti Munirah Abd. Ghani yang mempunyai perbezaan usia jauh dengan artis terbabit. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI