fbpx

Nahas Elmina: Laporan dikeluarkan Jumaat depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Laporan awal siasatan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam akan dikeluarkan pada Jumaat depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan itu adalah melibatkan kotak perakam suara kokpit (CVR) membabitkan 30 minit terakhir sebelum nahas berlaku.

“Laporan awal Elmina akan dikeluarkan pada hari Jumaat akan datang iaitu 15 September,” katanya ringkas kepada pemberita hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan CVR milik pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) yang terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu berjaya diperoleh selepas komponen berkenaan dibuka dan dianalisis di sebuah makmal di Florida, Amerika Syarikat.

Tragedi menyayat hati itu mengakibatkan 10 mangsa terkorban termasuk Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI