fbpx
REKA bentuk luaran GR Corolla yang boleh diubah mod pemanduannnya kepada pacuan semua roda tampak cukup ‘tangkas’ dan sporty.

Mod pacuan boleh ubah, GR Corolla umpama trak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PADA tahun 2020, Toyota telah melancarkan sebuah hatchback GR Yaris bilangan terhad yang dibangunkan oleh bahagian Gazoo Racing.

Kemudian, pada Mac tahun lalu, di peringkat global, GR Corolla telah diperkenalkan yang dibina berasaskan hatchback kompak siri E210 Toyota Corolla yang lebih besar, termasuk beberapa ciri yang dibangunkan pada asalnya untuk GR Yaris.

GR Corolla dibina sebenarnya untuk pasaran Amerika Utara kerana Eropah telah terlebih dahulu menerima model GR Yaris yang tidak dijual di Kanada dan Amerika Syarikat. Memandangkan model GR Yaris yang mendapat sambutan menggalakkan itu tidak memasuki pasaran Amerika Utara, GR Corolla dipasarkan di rantau tersebut.

GR Corolla kemudian telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada awal tahun ini bersama model GR Supra (manual), GR86, Corolla Cross GR-S dan Hilux GR-S.

Model GR Corolla menggunakan enjin tiga silinder 1.6 liter berpengecas turbo dan transmisi manual enam kelajuan dengan iMT.

Kombinasi itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 300PS pada 6,500rpm dan tork tertinggi 370Nm pada 3,000 hingga 5,550rpm.

Mod pacuannya boleh diubah dengan melaras tetapan pada konsol tengah di ruang depan kereta yang mempunyai reka dalaman selesa dan mengujakan.

Penulis difahamkan, enjin GR Corolla ini juga menggunakan ekzos lebih besar dengan tiga ekzos di bahagian belakang dapat mengurangkan tekanan.

Model ini juga menggunakan pacuan semua roda GR-Four yang turut digunakan pada model GR Yaris.

Tetapan standard ialah taburan tork depan ke belakang 60:40, tetapi ia boleh menjadi 30:70 atau trak mengikut tetapan cita rasa pemandu.

Mod pacuan itu boleh disetkan dengan memusingkan tombol yang terletak di konsol tengah antara pemandu dan penumpang hadapan.

Berat kereta ini ialah 1,475 kilogram yang dipadankan dengan suspensi MacPherson Struts.

Pada bahagian luaran, reka bentuk GR Corolla ini tampak begitu garang. Ia hadir dengan bampar hadapan dan belakang serta skirting yang sporty.

Tiga ekzos belakang yang mengangkat rupa sporty model ini.

Model ini juga hadir dengan badan lebih lebar (wide body), tulisan GR Four pada skirting, bumbung carbon fiber, vented hood dan rim bersaiz 18 inci. Vented hood menambah ciri aerodinamik.

Lebih menarik model dipandu uji penulis ini hadir dengan warna Super White 2.

Masuk ke ruang kabin, penggunaan warna gelap dan tona merah menaikkan mood sesiapa yang menaiki kereta ini.

Penggunaan panel meter skrin penuh memberikan imej moden, di samping tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan jenis separa buket dengan sulaman GR.

Kereta ini turut dilengkapi dengan Toyota Safety Sense 3.0 bagi sistem bantuan pemandu termaju.

Kesimpulannya, penulis lihat GR Corolla merupakan model berprestasi dan dalam masa sama sesuai digunakan untuk membawa keluarga kerana selesa dinaiki penumpang belakang.

Saya juga merasakan GR Corolla mungkin bakal menjadi salah satu model dengan harga jualan terpakai yang menarik. Ia mungkin naik kerana pada 10 tahun akan datang belum tentu ada penawaran kereta dengan pakej enjin turbo dan transmisi manual.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN