fbpx

Mimi tumpang bangga, Syafiq balas ‘mini love’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar drama berjudul DOH lakonan Syafiq Kyle yang dikongsikan tunangnya, Mimi Lana.

PETALING JAYA – Bangga dengan drama lakonan tunangnya, Syafiq Kyle. Itu yang dikongsi pelakon Mimi Lana sekaligus menuai perhatian ramai dalam media sosial semalam.

Menerusi perkongsian InstaStory itu, Mimi, 28, memuat nak video promosi drama DOH lakonan Syafiq yang bakal ditayangkan dalam platform Tonton tidak lama lagi.

Selain nama Syafiq, rasa bangga tersebut turut dititipkan buat pengarah drama tersebut iaitu Ariff Zulkarnain.

“Saya sangat bangga dengan awak berdua, Ariff Zulkarnain dan Syafiq Kyle,” kata pemilik nama penuh Mimi Rozaiana Zainal Abidin itu ringkas dalam InstaStory.

Tidak berdiam diri, Syafiq seterusnya mengulang siar semula perkongsian Mimi dan turut meletakkan simbol jari dengan ‘mini love’.

Perkara tersebut sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai mengenai status hubungan mereka selepas Mimi nekad membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya diadakan pada 18 Ogos lalu seminggu sebelum acara berlangsung.

Terdahulu, pasangan selebriti ini menjadi sebutan hangat ramai pihak selepas mereka memilih untuk membatalkan tarikh pernikahan yang seharusnya berlangsung pada 18 Ogos.

Sehingga kini, masih tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua pihak berhubung konflik pembatalan pernikahan tersebut.

Selain itu, nama Mimi juga menjadi bahan bualan ramai apabila didakwa sebagai pelakon wanita yang dilihat bercumbu dengan seorang aktor lelaki di sebuah kelab malam. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI