fbpx

Al-Ittihad tidak putus asa buru Mo Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH masih lagi menjadi pilihan utama Al-Ittihad dengan bidaan baharu akan dibuat apabila jendela perpindahan baharu dibuka semula pada Januari depan.

RIYADH – Harapan kelab gergasi Liga Pro Arab Saudi, Al-Ittihad untuk menandatangani pemain sensasi Liverpool, Mohamed Salah tidak kesampaian selepas jendela perpindahan pemain di negara tersebut sudah ditutup secara rasmi awal pagi semalam.

Sebagai rekod, pengurusan tertinggi Al-Ittihad telah membuat tawaran pertama bernilai £150 juta (RM876 juta) sebelum jendela perpindahan benua Eropah ditutup pada 1 September lepas tetapi telah ditolak sepenuhnya oleh pasukan The Reds.

Namun, kelab kendalian Nuno Espirito Santo itu dilaporkan membuat tawaran dengan rekod dunia sebanyak £215 juta (RM1.3 bilion) pada awal minggu ini tetapi masih tidak dilayan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Kini, jendela perpindahan Arab Saudi sudah ditutup sepenuhnya dengan semua kelab yang bersaing di liga itu telah membelanjakan sebanyak £700 juta (RM4.1 bilion) untuk menandatangani pemain-pemain ternama sepanjang tempoh masa yang diberikan sebelum ini.

Difahamkan, Salah yang juga pemain antarabangsa Mesir masih lagi menjadi pilihan utama Al-Ittihad dengan jangkaan bidaan baharu akan dibuat apabila jendela perpindahan baharu dibuka semula pada Januari depan.

Pemain berusia 31 tahun itu dianggap sebagai ayam tambatan skuad kendalian The Reds selepas menjaringkan 188 gol dalam 305 penampilan dengan kontraknya masih berbaki sehingga penghujung musim 2025.

Tonggak tengah legenda Li­verpool, Jamie Carragher mencadangkan agar The Reds segera mencari pengganti berpotensi kepada Salah andai tidak mahu kehilangan khidmatnya secara percuma nanti.

“Saya rasa Salah akan kekal semusim lagi dan tahun depan mungkin pihak pengurusan tidak mahu mengambil risiko dan menerima sahaja tawaran yang diberikan.

“Liverpool perlu membuat persediaan awal dengan menandatangani pemain setaraf Salah,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI