fbpx

Aaron-Wooi Yik ke final Terbuka China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (depan) dan Wooi Yik (belakang) mara ke final Terbuka China selepas menang straight set ke atas Min Hyuk-Seung Jae sebentar tadi. - AFP

PETALING JAYA – Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mendakap gelaran pertama mereka tahun ini apabila mara ke final Terbuka China di Changzhou.

Pasangan di ranking keenam dunia itu menewaskan juara dunia baharu dari Korea Selatan, Kang Min-hyuk dan Seo Seung-jae 21-18, 21-17 pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Pusat Sukan Gimnasium Olimpik sebentar tadi.

Kemenangan dalam tempoh 41 minit itu secara tidak langsung menebus kekecewaan Aaron-Wooi Yik selepas tewas 21-23, 13-21 kepada beregu No.4 dunia tersebut pada separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark bulan lalu.

Di final esok, Aaron-Wooi Yik akan bertemu beregu No.3 dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang yang mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 hari ini.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik tahun ini adalah naib juara Terbuka India pada Januari dan Terbuka Indonesia (Jun) selain tempat ketiga Terbuka Singapura (Jun) serta gangsa Kejohanan Dunia 2023 bulan lalu.

Kali terakhir Aaron-Wooi Yik mendakap gelaran antarabangsa adalah sewaktu menjuarai Kejohanan Dunia edisi tahun lalu di Tokyo, Jepun pada Ogos 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.