fbpx

‘Fauziah banyak kali ugut, minta cerai’ – ND Lala akhirnya bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ND Lala akhirnya mengakui sudah bercerai dengan isteri pertama, Fauziah Sarman selepas berpoligami.

PETALING JAYA – Selepas sekian lama mengunci mulut, penyanyi Datuk ND Lala akhirnya bersuara apabila mengaku telah menceraikan bekas isterinya, Fauziah Sarman selepas berkahwin dengan seorang wanita bernama Siti Munirah Abdul Ghani.

Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 62, tampil menjelaskan tiga hal penting antaranya mengenai status perkahwinannya bersama Fauziah apabila memberitahu telah menurut kemahuan wanita itu untuk diceraikan.

“Setelah sekian lama saya mendiamkan diri, hari ini saya tampil untuk katakan tiga hal penting, antaranya tentang status perkahwinan saya.

“Memang benar saya telah menikah dengan Siti Munirah Abdul Ghani (isteri kedua). Memang benar bekas isteri saya (Fauziah) tidak bersetuju untuk berpoligami dan dia telah banyak kali mengugut dan meminta saya untuk menceraikannya.

“Ini bukan satu keputusan yang mudah setelah 34 tahun kami bernikah dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Memang benar saya telah menunaikan permintaan bekas isteri saya (untuk bercerai),” kata ND Lala.

Dalam pengakuan itu juga, penyanyi yang popular menerusi lagu Diari YB itu turut mengaku telah menceraikan bekas isterinya itu dengan melafazkan talak pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar-Rahman, Bangsar, Kuala Lumpur.

“Memang benar saya telah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos 2023 di Masjid Ar-Rahman, Bangsar. Memfailkan di mahkamah pada 7 Ogos 2023 dan memberi audio lafaz cerai kepada bekas isteri pada 8 Ogos 2023 melalui aplikasi WhatsApp.

“Memang benar mahkamah telah sahkan penceraian kami pada 5 September 2023,” jelasnya.

Bagaimanapun, ND Lala enggan mengulas lanjut tentang pergolakan yang terjadi antaranya dengan bekas isteri sehingga membawa kepada perpisahan kerana tidak mahu mendedahkan hal peribadi.

“Saya tidak mahu mengulas apa yang terjadi antara kami. Sehingga membawa kepada penceraian kerana itu adalah hal peribadi,” ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi era tahun 1980-an itu seolah-olah menegur cara bekas isterinya apabila terlalu terbuka bercerita tentang masalah rumah tangganya kepada orang luar kerana menganggap perbuatan sebegitu tidak perlu dilakukan.

“Platform yang betul untuk mengadu atau merujuk adalah pejabat agama dan diputuskan oleh mahkamah. Tiada keperluan untuk mengadu dan meluahkan perasaan pada orang lain.

“Tiada keperluan untuk kita meluahkan pada kawan-kawan dan lebih buruk apabila kita mengadu dalam media sosial serta wartawan.

“Netizen dalam media sosial dan wartawan tidak boleh beri solusi (penyelesaian). Mereka tidak dapat selesaikan masalah rumah tangga. Apa yang kit acari adalah solusi bukan sensasi.

“kecuali kita mahukan publisiti untuk meraih simpati,” katanya.

Bagaimanapun, ND Lala dilihat reda dan menerima ketentuan yang telah tertulis terhadap perkahwinannya bersama Fauziah apabila percaya, apa yang berlaku pasti ada hikmah yang baik disebaliknya.

“Tidak mengapa, apa yang terjadi, telah pun terjadi. Saya percaya pada rukun iman. Saya percaya pada qada dan qadar. Ini bahagian saya dan saya reda.

“Saya percaya perancangan Allah jauh lebih baik dan percaya dengan rahmat Allah untuk masa akan datang,” ujarnya.

Pada akhir video, ND Lala sekali lagi menegaskan bahawa, selepas perkahwinannya berakhir, dia enggan lagi berbicara tentang perkara yang terjadi memandangkan mereka bukan lagi berstatus suami isteri.

“Bermula 2 Ogos 2023, perkahwinan kami telah pun berakhir. Jadi untuk itu, tiada keperluan lagi untuk membicarakan tentang perkahwinan ini kerana kami bukan lagi suami isteri.

Terdahulu, rumah tangga ND Lala dan Fauziah, 55, dikatakan berantakan selepas wanita itu berkongsi foto seorang wanita iaitu Munirah yang dikatakan ‘penyondol’ apabila telah berkahwin dengan bekas suaminya.

Lebih mengejutkan apabila Fauziah turut memberitahu bahawa Munirah merupakan rakan karib kepada anak sulungnya iaitu penyanyi Shila Amzah sejak dari tingkatan satu lagi.

ND Lala dan Fauziah mendirikan rumah tangga pada tahun 1989 selepas berkenalan ketika sama-sama menjayakan program Mekar Sejambak terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI