fbpx

Isu miskin tegar, kemudahan asas di Kelantan perlu dinoktahkan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mempengerusikan Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan bagi membincangkan isu rakyat di Kelantan. Gambar Ihsan FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu rakyat seperti kemiskinan tegar, pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas perlu diselesaikan dengan segera agar tidak terus membelenggu rakyat Kelantan.

Menurut Anwar, beliau telah membangkitkan perkara tersebut sewaktu menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Kelantan yang buat kali pertamanya dipengerusikan oleh beliau.

Difahamkan, mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud serta barisan kepimpinan kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata, aspek penyelarasan dan kordinasi adalah perkara utama yang perlu diambilkira dalam menyelesaikan isu rakyat yang mendesak termasuk di Kelantan.

“Semasa taklimat, saya telah menekankan kepada kerajaan negeri dan kementerian terkait untuk memberi fokus dalam usaha menoktahkan miskin tegar di negeri Kelantan yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

“Walhasil, saya berharap semua kementerian dan agensi yang berkaitan memberi perhatian khusus dan segera bagi memastikan kelancaran perancangan dan pelaksanaan projek-projek di Kelantan ini secara berkesan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.

Anwar berkata, projek-projek yang dijalankan di Kelantan merupakan inisiatif berimpak tinggi kepada rakyat, khususnya warga Kelantan di kawasan luar bandar.

“Insya-Allah, warga Kelantan di kawasan luar bandar yang akan menikmati manfaat dalam jangka masa panjang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI