fbpx

Malaysia kecam serangan konvoi bantuan kemanusiaan Jordan ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bantuan kemanusiaan daripada Pertubuhan Amal Jordan Hashemite yang ingin dihantar ke Semenanjung Gaza dimuatkan di dalam pesawat di Amman, Jordan. Foto REUTERS.

PUTRAJAYA – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tanpa belas kasihan oleh pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan dalam perjalanan ke Gaza, semalam.

Kementerian Luar berkata, rejim Israel harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat konvoi bantuan kemanusiaan.

Katanya, kegagalan untuk menyediakan laluan yang selamat mencerminkan pengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Ini jelas menunjukkan bahawa rejim Israel bertindak apati apabila pelampaunya melakukan tindakan keganasan.

“Masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memastikan perlindungan orang awam dan perlu memaksa Israel untuk segera menamatkan pendudukan haram dan keganasan terhadap Palestin,” katanya dalam kenyataan tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI