fbpx

ADUN Sungai Bakap makin stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musalmah.

SEBERANG PERAI – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff, 56, kini dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seberang Jaya.

Isteri kepada Nor Zamri, Musalmah Yusop, 50-an berkata, Nor Zamri memerlukan rehat yang secukupnya pada masa ini dan kini berada dalam keadaan separa sedar.

“Semalam lagi dia sudah stabil, doktor memberinya ubat tidur untuk dia berehat pada masa ini.

“Dia juga bukan ditidurkan, tetapi doktor memberinya ubat untuk tidur, sekarang pun kalau kita panggil dia akan memberi tindak balas.

“Dia adalah wakil rakyat yang berkebajikan dan prihatin, saya berharap dengan keprihatinan dia sebelum ini dibalas dengan doa orang yang pernah dia bantu,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Musalmah berkata, doktor juga telah melakukan ujian imbasan tomografi berkomputer (CT scan) terhadap suaminya dan keadaan suaminya adalah baik.

“Pada masa sekarang keluarga saya juga memohon agar diberi ruang untuk tidak diganggu di hospital.

“Kami memohon ruang daripada semua pihak, kami akan maklumkan perkembangan kesihatan Nor Zamri kepada semua pihak kerana kami faham ramai yang menantikan keadaan terkininya.

“Apabila dia sudah dipindahkan ke wad biasa kami akan maklumkan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI