fbpx

[VIDEO] Kanak-kanak bertuah dapat ‘cap’ dipakai Tengku Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak menunjukkan topi dihadiahkan Tengku Muhammad sewaktu melawat Kundasang, Sabah kelmarin.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak bertuah apabila anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiah sebuah topi yang sedang dipakainya.

Topi tersebut dihadiahkan sendiri oleh Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sewaktu menghadiri sebuah program di Kundasang, Sabah kelmarin.

Momen manis tersebut dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai @Liyanie menerusi aplikasi TikToknya semalam dan difahamkan dia adalah ibu kepada kanak-kanak itu.

“Terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topinya semalam,” tulis wanita terbabit.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman TikTok wanita itu, kelihatan Tengku Muhammad Iskandar menghulurkan sendiri topi yang dipakainya walaupun ketika itu dikawal ketat oleh pengawal.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan reaksi yang memuji sikap anakanda Yang di-Pertuan Agong itu.

“Beruntung kau dik, simpan dik buat kenangan, baiknya Tengku Muhammad dengan rakyat,” kata @miee.

“Jadikan topi yang Tengku bagi sebagai inspirasi ya nak, manalah tahu satu hari nanti kamu bertuah dapat jumpa Tengku dengan kejayaan kamu,” tulis @C.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @uhukkss.

“Simpan dalam ‘frame’ terus, kenangan tu dapat topi dari Tengku, belajar rajin-rajin besar nanti boleh jadi ‘bodyguard’ Tengku,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

@liyanie terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topi nya semalam #TengkuMuhammadIskandar #kundasang #kundasangsabah ♬ Kau Hidup Dihatiku – ILIR7

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI