fbpx

Sophia Albarakbah buat kiropratik, netizen panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI Sophia semasa menerima rawatan kiropratik daripada seorang perawat lelaki baru-baru ini.

PELAKON popular Sophia Albarakbah tidak pernah menjauh daripada cerita sensasi apabila terus dijadikan bahan perbualan netizen.

Baru-baru ini, sesi rawatannya dengan pakar kiropraktik bagi menjalani melegakan masalah tulang belakang turut menjadi perhatian.

“Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang. Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.

“Saya tak boleh berdiri terlalu lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila saya menjalani penggambaran drama yang agak panjang,” katanya.

Menerusi video dikongsikan dalam Instagram, Sophia kelihatan puas hati sebaik selesai rawatan.

Begitupun, ramai meninggalkan komen nakal selain menegur pemilihan persalinan aktres berusia 30 tahun itu yang yang dirasakan tidak sesuai.

“Nak buat rawatan atau nak tayang,” kata seorang netizen.

Malah, perawat juga diusik sebagai beruntung kerana ada pesakit secantik Sophia.

Mizz Lahar – Kasihan isteri seorang artis dituduh berlaku curang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI