fbpx

Selesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia mengulangi komitmen kepada negara anggota ASEAN untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertikaian itu perlu diselesaikan secara aman mengikut undang-undang antarabangsa.

“Mengenai Laut China Selatan, saya mengulangi komitmen Malaysia untuk menyelesaikan pertikaian secara aman mengikut undang-undang antarabangsa.

“Termasuk (mengikut) Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1982 (UNCLOS 1982),” katanya pada Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau pada persidangan tersebut menyeru masyarakat antarabangsa mengelakkan kegalauan, diskriminasi dalam menangani konflik dan penderitaan manusia di Palestin.

Katanya, beliau turut meminta rakan dialog supaya menggunakan wewenang sebaiknya agar sebarang bentuk perkauman, Islamofobia dan Xenophobia tidak boleh diterima dan harus dikecam sekeras-kerasnya.

Tambah beliau, mesyuarat tersebut juga membincangkan keperluan bagi Negara-negara Peserta EAS (EPCs) untuk mengukuhkan komitmen mereka terhadap prinsip-prinsip asas EAS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI