fbpx

Mahkamah: Peniaga roti canai ceroboh Istana Negara dijel sebulan, denda RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki yang menceroboh kawasan Istana Negara Ahad lalu, memakan diri apabila dia dihukum penjara sebulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Amrin Amiruddin, 39, yang merupakan peniaga roti canai itu selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh ditangkap iaitu pada Ahad lalu dan dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Amrin didakwa memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran yang mana merupakan harta milik Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

Kesalahan itu dilakukan di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara, di sini pukul 7.45 malam pada 3 September lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta298) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Semasa prosiding, ketika diminta membuat rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam berkata tidak mahu membuat sebarang rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee kemudian memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI