fbpx

Lirik asal Bohemian Rhapsody nyanyian Freddie Mercury dilelong hampir RM10 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lirik asal lagu Bohemian Rhapsody nyanyian Freddie Mercury (gambar kecil) dilelong oleh firma Sotheby's semalam. – AFP

LONDON – Lirik asal lagu hit kumpulan Queen berjudul Bohemian Rhapsody dibeli lebih £1 juta (RM5.83 juta) oleh seorang pembida dalam lelongan barangan peribadi Freddie Mercury oleh  firma Sotheby’s di London, lapor portal brita metro.co.uk semalam.

Bidaan untuk lebih 1,000 barangan milik  penyanyi legenda itu bermula malam semalam dengan para peminat membelanjakan lebih £12 juta (RM69.96 juta) pada malam pertama jualan.

Antara barangan dilelong termasuk piano Yamaha Baby Grand, pakaian, karya seni dan  sepasang kasut milik mendiang yang diserahkan kepada bekas tunangnya,  Mary Austin selepas dia meninggal dunia.

Harga tertinggi memorabilia mendiang pada malam itu ialah piano tersebut yang pernah digunakan Mercury untuk mencipta lagu Bohemian Rhapsody, Don’t Stop Me Now dan Somebody to Love. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI