fbpx

Piala Dunia Ragbi 2023: Wallabies boleh lakar kejutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Australia kini memburu trofi Piala Dunia Ragbi buat kali pertama sejak bergelar juara pada edisi 1999. - Foto ihsan Facebook Wallabies

PARIS – Skuad ragbi Australia dijangka boleh mencipta kejutan sekali gus menjulang trofi pada kempen Piala Dunia Ragbi 2023 yang akan membuka tirai rasmi di Perancis Sabtu ini sekali gus menamatkan penantian 24 tahun pasukan itu.

Sebagai rekod, pasukan terkenal dengan jolokan Wallabies sebelum ini dianggap sebagai kuasa besar ragbi dunia tetapi gagal menjulang trofi berprestij itu selepas kali terakhir menang pada edisi 1999.

Bekas pemain legenda pasukan itu, Will Genia mengakui masih banyak elemen kejutan yang boleh ditampilkan oleh skuad kebangsaan meskipun kali ini diwakili oleh ramai pemain muda.

Kata Genia, keputusan yang dibuat oleh ketua jurulatih, Eddie Jones untuk memanggil 20 pemain bawah 26 tahun daripada 33 pemain yang dibawa ke Perancis termasuk menyisihkan tonggak berpengalaman seperti Michael Hooper dan Quade Cooper.

“Saya rasa penyertaan Wallabies ke Piala Dunia Ragbi kali ini agak terbuka memandangkan tiada harapan yang diberikan oleh penyokong selepas menyaksikan prestasi pasukan agak hambar sejak beberapa tahun lepas.

“Saya percaya dengan kehadiran Jones selaku ketua jurulatih baharu dapat memberikan dimensi baharu buat pemain dan kini mereka hanya perlu fokus kepada pasukan berbanding menghiraukan tekanan pihak luar.

“Malah, keputusan Jones untuk membawa ramai muka-muka baharu pada kempen kali ini juga wajar dipuji dan saya percaya jika mereka boleh mara ke separuh akhir, apa sahaja boleh berlaku,” katanya.

Australia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Wales, Fiji, Georgia dan Portugal dengan aksi Piala Dunia Ragbi 2023 akan berlangsung bermula 8 September hingga 28 Oktober depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI