fbpx

Penghantar makanan maut, motosikal bergesel dengan bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera parah dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. -Foto PDRM

PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah bas di Lebuh Raya Persekutuan susur jejambat Motorola menghala Shah Alam, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 8.31 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa melalui lebuh raya terbabit lebih kurang pukul 7.08 petang.

“Mangsa lelaki tempatan berusia 22 tahun bekerja sebagai penghantar makanan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai telah hilang kawalan lalu bergesel dengan bas di sebelahnya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah telah disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sesiapa yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.

“Semua pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“Sehubungan itu, penunggang motosikal juga dinasihatkan untuk menggunakan lorong motosikal bagi mengurangkan risiko kemalangan,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI