fbpx

KDN teliti isu penutupan jalan pintas pejalan kaki ke CIQ BSI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution hadir pada program Ceramah Perpaduan Pulai yang diadakan di Taman Dahlia, Johor Bahru, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti permohonan pejalan kaki yang meminta agar ‘jalan pintas’ di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dibuka kembali selepas ditutup semasa pandemik Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya maklum laluan yang ditutup itu lebih pendek jaraknya buat pejalan kaki mendapatkan pelepasan pasport untuk bekerja di Singapura.

Menurut beliau, perkara itu antara yang dibincangkan dalam jawatankuasa bersama yang turut melibatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Perkara itu memang dalam perhatian KDN dan perbincangan diperingkat jawatankuasa sentiasa memberikan perhatian termasuk langkah-langkah yang boleh diambil bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan.

“Jalan pintas yang disebut tadi merupakan satu dari perkara dalam perhatian. Komponen laluan lori, bas pekerja, kenderaan biasa termasuk motorsikal dan pejalan kaki itu semua komponen yang menjadi perhatian kami dalam jawatankuasa.

“Saya maklum hal itu dan ia akan diberi perhatian serius oleh jawatankuasa ini untuk mencari kaedah penyelesaian terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ceramah Perpaduan Pulai di Taman Dahlia, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memaklumkan golongan pejalan kaki berharap jalan pintas yang ditutup itu dibuka kembali selepas ditutup sejak Mac 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI