fbpx

Kastam rampas dadah bernilai RM32 juta di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAZULI (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas di Kompleks Kargo, KLIA pada 29 Ogos lalu. -Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menerusi rampasan dadah jenis 3,4 Methylenedioxymenthamphetamine (MDMA) bernilai RM32 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 29 Ogos lalu.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, sepasukan anggota Kastam daripada cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM telah menyita sebanyak 36 buah kotak di Kompleks Kargo Udara, KLIA.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai sebanyak 12 kotak mengandungi bungkusan plastik lutsinar pelbagai warna dan bentuk pil ekstasi yang mengandungi dadah jenis MDMA dengan berat kasar 436.2 kilogram.

“Pemeriksaan ke atas baki 24 kotak pula menjumpai batu-bata. Modus operandi sindiket ini bagi mengaburi pihak berkuasa adalah dengan cara mengikrarkan barang yang mengandungi dadah sebagai ‘tools’ (perkakas) sedangkan di dalamnya terdapat kotak yang mengandungi dadah berbahaya dan batu bata,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar kes tersebut di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari ini.

Zazali menambah, siasatan awal mendapati dagangan tersebut diimport dari sebuah negara di Eropah dan mendarat di Kompleks Kargo KLIA sebagai destinasi terakhir.

“Hasil risikan mendapati pengimport menggunakan maklumat palsu di dalam dokumen pengimportan yang menyukarkan tangkapan dibuat ke atas pengimport dagangan tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan masih berjalan untuk mengesan suspek dibawah seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Jelas Zazali lagi, berdasarkan jumlah berat dadah yang diperolehi, rampasan ini telah berjaya membanteras daripada diedarkan kepada 2.18 juta orang penagih dadah. Ia juga direkodkan sebagai rampasan terbesar daripada lima rampasan tahun ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI