fbpx

Remaja lari ikut kekasih, mahu tenangkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurwada Asmadi

JASIN – Seorang remaja perempuan dikenali sebagai Nurwada Asmadi, 14, dilaporkan hilang dipercayai telah melarikan diri bersama teman lelaki yang tidak dikenali oleh keluarganya, sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, laporan polis berhubung kejadian diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada pukul 10.32 pagi semalam.

“Polis menerima satu laporan mengenai kejadian orang hilang yang berlaku kelmarin kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Kampung Chohong, Chin Chin dekat sini.

“Siasatan awal mendapati remaja terbabit dipercayai telah keluar rumah mengikut teman lelaki yang tidak dikenali keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Tambahnya, remaja perempuan berkenaan masih bersekolah dengan butiran fizikal berketinggian sekitar 160 sentimeter dan berat 50 kilogram.

“Dia ada meninggalkan sekeping nota memberitahu ingin keluar rumah untuk tenangkan diri dan kita percaya dia turut membawa beg bersamanya.

“Pegawai penyiasat telah menemui pihak pengurusan sekolah untuk mendapatkan maklumat lanjut, setakat ini kita syaki teman lelakinya juga berusia belasan tahun tetapi tidak lagi bersekolah,” katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Nurwada boleh menghubungi Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau 06 – 529 2222 (sambungan 319) atau mana-mana balai polis berhampiran. -KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI