fbpx

45 ADUN Kelantan angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) dan Mohamad Fadzli (dua dari kanan) selepas mengangkat sumpah sebagai ADUN di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai mengangkat sumpah di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Majlis tersebut berlangsung di hadapan Speaker Kelantan yang baharu iaitu ADUN Panchor, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengetuai majlis angkat sumpah itu diikuti Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamad Fadzli Hassan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan ADUN lain.

Pada PRN lalu, Pas yang menerajui gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menang 43 daripada 45 kerusi DUN di Kelantan.

Keputusan itu menyaksikan Pas mengekalkan kedudukan parti tersebut untuk memerintah Kelantan selama lapan penggal berturut-turut.

Pas menang 37 kerusi, Bersatu enam kerusi manakala gabungan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) hanya menang dua kerusi iaitu DUN Kota Lama dan Galas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Pas memenangi 37 daripada 45 kerusi DUN di Kelantan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI