fbpx

[VIDEO] Tular warga asing berenang dalam air bah bawah Komtar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dipercayai warga asing kelihatan teruja ketika berendam dalam air bah berhampiran kawasan Komtar, hari ini.

GEORGE TOWN – Kelibat seorang lelaki dipercayai warga asing berenang dan mandi-manda di satu kawasan yang digenangi air akibat hujan lebat tanpa henti sejak pagi tadi mencuit hati pengguna media sosial, hari ini.

Lelaki itu kelihatan begitu ‘selesa’ dan gembira seolah-olah seperti sedang berada di sebuah kolam renang yang terbuka.

Walhal, hakikatnya, ‘kolam renang’ yang dimaksudkan itu sebenarnya hanya sebatang jalan kecil yang sering dilalui oleh orang ramai yang berkunjung ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di tengah-tengah pusat bandar di sini.

Difahamkan, selain keletah warga asing itu yang berjaya mencuri tumpuan para warganet sekalian, satu lagi ‘insiden’ luar jangka yang berlaku akibat banjir itu adalah penemuan seekor ular sawa tidak jauh dari lokasi tersebut.

Menurut orang ramai, ular itu dijumpai di laluan bawah Komtar menuju ke Jalan Macalister manakala lelaki tersebut pula mandi berhampiran laluan masuk di bawah Komtar dan bangunan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial khususnya di laman Facebook memberikan pelbagai reaksi terhadap terhadap gambar yang tular mengenai lelaki warga asing terbabit serta ular sawa yang dijumpai susulan kenaikan paras air secara mendadak di beberapa kawasan di sini gara-gara hujan lebat.

Rata-rata mereka berpendapat, air di situ agak keruh serta tidak selamat untuk mandi-manda dan tidak juga yang menyindir mengenai situasi itu.

“Dia (warga asing itu) bukan tahu air tu kotor ke tak…yg (yang) dia tau, Penang cuaca panas…bagila dia peluang untuk merasa,” kata Jang Marwan Mirwana.

Menyentuh isu penemuan ular pula, Junaidi Ismail berkata, “Tu baru nampak ulaq (ular) kena tangkap bawah Komtar. Tak nampak lagi yang ‘mengulaq’ bawah Komtar kena tangkap,” selorohnya. – KOSMO! ONLINE

@ximen1851Komtar swimming pool🤦‍♂️

♬ 原声 – 西门

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI