fbpx

Kedai di Amerika Syarikat terpaksa kunci deodoran, ubat gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRODUK harian yang dijual terpaksa di kunci di dalam rak kaca bagi mengelak kecurian. – AFP

WASHINGTON – Peruncit utama di Amerika Syarikat (AS) menyimpan produk harian seperti coklat, ubat gigi, serbuk pencuci dan deodoran di dalam rak kaca berkunci berikutan peningkatan mendadak kes kecurian kecil  ketika AS berdepan kenaikan  kos sara hidup, lapor portal berita Wion News semalam.

Beberapa pembeli berkata, mereka takut hendak membeli-belah ketika kes kecurian runcit melonjak.

Menurut  agensi berita AFP, peruncit utama AS seperti Walmart, Target, CVS, Walgreens,   Home Depot dan Dick’s Sporting Goods adalah antara syarikat yang mencatatkan peningkatan ketara kes kecurian termasuk insiden ganas.

Menurut syarikat-syarikat berkenaan, kes  kecurian yang semakin berleluasa berisiko menjejaskan pendapatan mereka.

“Jenayah runcit teratur dan kecurian  adalah isu yang semakin serius dan memberi kesan kepada banyak peruncit,” kata Ketua Eksekutif Dick’s Sporting Goods, Lauren Hobart.

Dalam taklimat berasingan, Ketua Eksekutif Target, Brian Cornell berkata: “Sepanjang lima bulan pertama 2023,  kedai kami menyaksikan peningkatan 120 peratus  rompakan dan kecurian.” 

Menurut tinjauan keselamatan Persekutuan Runcit Kebangsaan 2022, peruncit-peruncit AS dianggarkan  mengalami kerugian sekitar AS$94.5 bilion (RM440.04 bilion) di seluruh negara akibat kecurian dan kecuaian manusia  lain. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI