fbpx

Belajar TikTok sara anak derita penyakit paru-paru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI NOR FATHIN (kanan) ketika ditemui di Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Seorang ibu tunggal nekad mempelajari medium pemasaran termasuk TikTok demi mencari pendapatan menjual produk kesihatan untuk menyara anaknya yang menghidap penyakit paru-paru.

Siti Nor Fathin Haron Daai, 34, berkata, episod pergelutan hidupnya bermula selepas dia berpisah dengan bekas suami beberapa bulan setelah anaknya, Luthfiya Fitiya Muhammad Luqman dilahirkan dengan masalah kesihatan pada enam tahun lalu.

Katanya, dia bagaimanapun telah diajak oleh adiknya untuk menjadi ejen produk kecantikan dan diberikan sokongan dalam teknik pemasaran termasuklah menerusi media sosial TikTok untuk meraih jualan secara harian.

“Saya gigih belajar macam mana untuk berkomunikasi dan menjual produk di TikTok dan Alhamdulillah kini kos rawatan serta keperluan anak saya terjamin selepas enam tahun menjual produk kesihatan dan kecantikan.

“Anak saya perlu menjalani pemeriksaan berkala di hospital serta kos penjagaan hariannya sekitar RM400 sebulan, dia mudah sakit kalau cuaca terlalu sejuk dan boleh kata dalam setahun mesti akan masuk wad kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada majlis pelancaran produk kesihatan dan kecantikan Simply Lynn di Ayer Keroh di sini.

Jelasnya, selepas enam tahun menjadi ejen produk itu, dia kini berjaya membentuk kumpulan sokongannya sendiri dan membantu para ibu tunggal yang lain untuk terlibat dalam perniagaan secara dalam talian.

“Sekarang pendapatan saya hanya melalui penjualan dalam talian dan saya mampu mengambil insurans kesihatan anak, membuka akaun bank simpanan untuknya dan pendidikan sejak usianya tiga tahun.

“Saya tidak perlu bergantung pada bantuan luar atau merintih nasib, saya kini boleh berjalan sendiri malah mempunyai team saya sendiri untuk memasarkan produk ini kerana harganya murah dan mudah dijual,” ujarnya.

Pada majlis itu, pengasas Simply Lynn, Siti Azlina Mhd. Halil menyasarkan akan membantu sekurang-kurangnya 100 orang ibu tunggal di negeri ini dalam mengukuhkan pendapatan menerusi penjualan produk pada harga mampu milik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI