fbpx

Terbuka AS: Swiatek lepasi pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK tidak berdepan masalah untuk membenam cabaran Juvan bagi meneruskan kemaraan ke pusingan 16 terbaik di Terbuka AS. - AFP

NEW YORK – Pemain No. 1 dunia, Iga Swiatek memastikan tempat ke pusingan 16 terbaik pada kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung di Pusat Tenis Nasional Billie Jean King selepas menyingkirkan Kaja Juvan.

Pada aksi pusingan ketiga yang berlangsung awal pagi semalam, pemain Poland itu tidak berdepan sebarang masalah apabila mencatat kemenangan mudah 6-0, 6-1 ke atas Juvan yang merupakan rakan karibnya.

Kemenangan tersebut memastikan Swiatek meneruskan misi mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Grand Slam itu selain mengekang usaha Aryna Sabalenka daripada merampas kedudukan sebagai pemain No. 1 dunia.

“Permainan saya berada di tahap paling tinggi ketika ini dan saya tidak melakukan banyak kesilapan mudah. Saya sangat gembira dengan aksi keseluruhan serta bagaimana saya memulakan perlawanan hari ini (semalam).

“Saya kekalkan disiplin permainan dan langsung tidak ubah pendekatan kerana mahu bermain pada tahap tertinggi sehingga tamat perlawanan. Memang saya berikan sepenuh tumpuan terhadap perlawanan tersebut,” katanya.

Selain itu, walaupun mencatat kemenangan mudah dalam tempoh 49 minit sahaja, namun dia menganggap perlawanan tersebut sukar kerana perlu berdepan kawan baik yang sudah dianggap seperti adik beradik.

“Sebenarnya, ia bukan satu perlawanan mudah kerana saya berdepan kawan baik sendiri. Oleh itu, saya perlu beri lebih fokus berbanding perlawanan biasa kerana tidak mahu ada sebarang gangguan,” ujar Swiatek. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI