fbpx

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan, hari ini.

Menurut ramalan cuaca di laman sesawang MetMalaysia, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Perlis dan Pulau Pinang. Manakala, cuaca baik diramal di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Di Sabah pula, hujan lebat bakal melanda satu dua tempat di Tawau, Pedalaman dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut laporan sama, hujan lebat diramal di Mukah dan Bintulu, manakala kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Miri dan Limbang, Sarawak dijangka mengalami cuaca baik.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI