fbpx
HIV adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan yang boleh menyebabkan penyakit AIDS. – GAMBAR HIASAN

Pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dijangkiti HIV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jangkitan HIV dalam kalangan remaja berusia 13 sehingga 19 tahun di negeri ini membimbangkan dan kebanyakan individu yang dijangkiti me­ngakui mereka pernah melakukan hubungan homoseksual.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon mendedahkan, sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di negeri ini sejak Januari hingga pertengahan Ogos lalu.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 124 kes HIV baharu direkodkan pada minggu Epid 32/2023 di Johor dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes tertinggi sebanyak 68 kes, diikuti Kluang (13) dan Batu Pahat (11).

Daerah Segamat pula lapan kes, Kota Tinggi (7), Muar dan Kulai masing-masing enam, Tangkak dan Pontian masing-masing dua, manakala Mersing hanya satu kes.

“Daripada jumlah kes HIV baharu itu, enam individu adalah golongan remaja berusia antara 13 hingga 19 tahun. Mereka terdiri daripada dua remaja lelaki berusia 13 dan 17 tahun yang masih bersekolah dan empat lagi remaja berusia 18 hingga 19 tahun.

“Berdasarkan siasatan pihak kami, kebanyakan individu yang dijangkiti HIV mengaku pernah melakukan hubungan seks secara homoseksual.

“Remaja-remaja lelaki terbabit juga mengaku mereka terjebak dalam aktiviti homoseksual adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya serta kemudahan akses laman web pornografi termasuk gay,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, kesemua individu yang dijangkiti HIV dikesan selepas menjalani ujian kesihatan di fasiliti kesihatan di seluruh negeri ini.

“Klinik-klinik kesihatan ada menawarkan perkhidmatan ujian darah HIV tanpa nama bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ujian saringan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN