fbpx

MCA patut bawa isu Malaysia Malaysian dalam mesyuarat kerajaan – DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHIN TONG (dua dari kiri) mengiringi Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching semasa melawat masyarakat Orang Asli di Kampung Tenom, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – DAP tidak perlu memberikan sebarang maklum balas terhadap gesaan MCA agar parti itu memberi penjelasan tentang konsep Malaysian Malaysia yang didakwa telah menyebabkan ketegangan antara kaum di negara ini.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong sebaliknya berkata, MCA seharusnya membangkitkan isu berkenaan di dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan dan bukannya secara kenyataan terbuka.

“Saya tidak mahu beri respons kepada gesaan MCA. Kita dalam Kerajaan Perpaduan, jadi sekiranya ada apa-apa cadangan MCA boleh bawa perkara itu dalam mesyuarat Kerajaan Perpaduan,” katanya selepas melawat tapak pemasangan kemudahan Starlink di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Temon, di sini hari ini.

Semalam, Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker menggesa DAP untuk memberi penjelasan tentang konsep Malaysian Malaysia secara umum agar perkara itu tidak lagi menyumbang kepada ketegangan kaum.

Beliau dilaporkan berkata, DAP juga perlu mengakui kesilapan mereka jika konsep Malaysian Malaysia tidak bertujuan parti itu mahu menghapuskan kuota Bumiputera.

Dalam pada itu, Chin Tong turut memberitahu, kempen PH dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berjalan dengan lancar memasuki minggu kedua, hari ini.

“Kerjasama jentera PH dan BN pada tahap terbaik ketika ini, perkara itu boleh disaksikan semasa calon-calon dibawa menyantuni pengundi dengan sokongan jentera kedua-dua pihak,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI