fbpx

Lima pendaki tersesat ketika mendaki Gunung Tebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lima pendaki berpelukan selepas berjaya diselamatkan selepas tersesat di Gunung Tebu, Besut hari ini.

BESUT – Lima pendaki berdepan detik cemas selepas tersesat lebih 24 jam ketika mendaki Gunung Tebu di sini sejak kelmarin.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu akhirnya berjaya menemui jalan keluar pada pukul 9.15 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, kehilangan mereka diketahui apabila dimaklumkan salah seorang ibu mangsa pada pukul 12.50 tengah hari semalam.

“Kelima-lima yang berasal dari Kuala Terengganu dikatakan telah mendaki Gunung Tebu sejak kelmarin.

“Anggota keluarga yang bimbang tentang keselamatan mereka telah meminta bantuan pihak berkuasa setelah kesemua mangsa gagal dihubungi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azrol Anuar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah dilancarkan 3.30 petang kelmarin melibatkan 55 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata, operasi SAR turut dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta sembilan orang penduduk kampung dan malim gunung.

“Kelima-lima mangsa dikatakan tersalah laluan sebelum akhirnya berjaya turun ke kaki gunung pada pukul 9.15 pagi tadi,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI