fbpx

Hari Kebangsaan: Agong, Raja Permaisuri jalan 500 meter santuni rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyantuni rakyat jelata di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berjalan kira-kira 500 meter bagi menyantuni rakyat di Dataran Putrajaya.

Aksi spontan itu dibuat Seri Paduka Baginda berdua sebelum berangkat pulang sejurus selesainya Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini tadi.

Al Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dilihat meluangkan masa bersalaman dengan rakyat jelata yang mula menunggu di Dataran Putrajaya seawal pukul 5 pagi tadi bagi menyaksikan perarakan kontijen sempena Hari Kebangsaan.

Aksi spontan itu turut disifatkan memberi terjemahan raja dan rakyat berpisah tiada di mana kedua-dua Seri Paduka Baginda terus meraikan anggota masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang dan budaya.

Untuk rekod, pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah memasuki tahun keempat pada 30 Januari 2023 sebelum tamat pada tahun hadapan setelah berkhidmat selama lima tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI