fbpx

Ratusan ribu belia Korea Selatan menganggur walaupun miliki ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
: Pelajar dan pelawat berjalan di kampus Universiti Wanita Ewha di Seoul pada 2 Mac lalu. – AFP

SEOUL, Korea Selatan – Lebih 1.26 juta belia Korea Selatan masih menganggur dengan separuh daripada mereka memiliki ijazah atau kelulusan lebih tinggi, demikian menurut data kerajaan seperti laporan akhbar The Korea Herald kelmarin.

Menurut laporan bertajuk Tinjauan Populasi Aktif Ekonomi untuk Penduduk Muda bagi Mei 2023 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Korea, terdapat 8.41 juta penduduk negara itu berumur 15 hingga 29 tahun setakat Mei tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, se­ramai 1.26 juta graduan atau bekas pelajar kekal menganggur.

Secara terperinci, daripada jum­lah itu, 53.8 peratus atau kira-kira 678,000 individu mempunyai ijazah universiti atau lebih tinggi.

Mereka yang mempunyai tahap pendidikan setakat sekolah menengah atau rendah pula adalah sebanyak 46.2 peratus.

Daripada keseluruhan populasi yang menganggur, 40.9 peratus sedang bersiap sedia untuk latihan vokasional atau ujian pekerjaan, peperiksaan kerajaan negeri, peperiksaan perkhidmatan awam serta ujian pengambilan pekerja oleh syarikat.

Dalam pada itu, 25.4 peratus lagi tidak terlibat dalam mana-mana aktiviti mencari pekerjaan.

Data sama turut mendapati secara purata, masa selama 10.4 bulan diperlukan untuk individu tersebut mendapat pekerjaan pertama mereka.

Kira-kira 324,000 orang, atau 8.4 peratus pula dilaporkan mengambil masa lebih daripada tiga tahun untuk mendapatkan pekerjaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI