fbpx

Kecaman orang ramai lariskan jualan telur dadar RM13

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dania menunjukkan menu Thai Omelette Niase yang tular, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kisah seorang peniaga yang tular dengan menu telur dadar RM13, tidak melingkupkan perniagaannya, malah menjadikan menu tersebut semakin laris dan habis terjual sebanyak 200 set dalam masa sehari.

Dania Sedek menerusi Facebook, turut berharap supaya menu tersebut mampu menjadi sumber rezeki kepada peniaga lain terutama yang mengecamnya, sebelum ini.

“200 set telur habis dijual hari ni. Terima kasih ya Allah, rezeki semua pejuang Niase. Semoga asbab Thai Omelette Niase, menjadi punca rezeki peniaga lain.

“Terutamanya peniaga yang mengutuk, mengejek dan menganjing buat video. Semoga Allah limpahkan kalian dengan rezeki melimpah-ruah.

“Saya tak marah, cuma kasihan. Sebab tak tentu hala dah sayu Malaysia dek kerana ‘Teloq Niase’,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, Dania menerusi akaun TikToknya menjelaskan bahawa terdapat banyak kos bahan mentah lain yang membuatkan harga telur dadar tersebut perlu dinaikkan dari RM8 ke RM13.

Tambahnya, dia meletakkan harga sedemikian sesuai dengan pelbagai bahan sampingan di dalam telur dadar tersebut seperti sos ikan premium, taugeh, cili, dan lain-lain.

Menerusi ruangan komen pula, orang ramai rata-rata mengatakan menu tersebut adalah sesuai berdasarkan bahan-bahan yang digunakan.

Tidak kurang juga yang turut membandingkan harga yang lebih mahal di restoran lain.

“Ada orang telur sebiji, campak bawang, susu sikit, jual RM4. Ni tiga biji telur RM13 dengan taugeh dan bahan lain, insya-Allah berbaloi,” ujar Aqilah Shah.

“Makan kat restoran lain, omelette dia RM30 lebih kot. Tapi terpulang la, ukur baju di badan sendiri, jangan la kecam, rasa mahal tak payah makan, tapi jangan la jatuhkan peniaga Melayu Islam kita,” kata Nur Shafila Ghazali.

“Bagi aku telur tu sesuai dengan harga, yang tak mampu kenapa nak makan?,” soal seorang lagi pengguna,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI