fbpx

Kanak-kanak lemas di kolam rekreasi inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai lemas dalam kolam renang rekreasi sebuah inap desa di daerah ini, semalam.

Kejadian tersebut disedari bapa mangsa berusia 30an pada pukul 5.05 petang selepas terdengar jeritan salah seorang anaknya yang melihat mangsa tidak sedarkan diri di dalam kolam tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kolam rekreasi inap desa itu yang dibuka kepada pengunjung luar.  Mangsa ke lokasi tersebut bersama bapa dan tiga beradiknya yang lain.

Katanya, keluarga mangsa tidak menginap di inap desa itu mereka datang ke situ hanya untuk berenang memandangkan kolam itu dibuka kepada pengunjung luar.

“Setelah bapa kanak-kanak itu (mangsa lemas) melihat anaknya tenggelam dalam kolam itu, dia mengeluarkan mangsa dan memberi bantuan pernafasan tetapi tidak berhasil.

“Lelaki itu kemudian membawa mangsa ke klinik kesihatan berdekatan bagi tindakan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 6.25 petang,” katanya hari ini.

Jelas beliau, mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Sabak Bernam dan akan dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian,” tegasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI