fbpx

Serie A: Pulisic terus cipta sensasi di AC Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULISIC terus membuktikan sentuhan apabila meledak gol kedua dalam dua aksi awal musim ini bersama Milan. - AFP

MILAN – AC Milan membuktikan status mereka sebagai pencabar utama kejuaraan Serie A musim ini apabila membelasah pasukan sukar seperti Torino dengan kemenangan 4-1 di Stadium San Siro awal pagi semalam.

Penyerang veteran berusia 36 tahun, Oiliver Giroud meledak dua gol buat Milan selain masing-masing satu jaringan daripada Christian Pulisic dan Theo Hernandez.

“Anda dapat melihat kami bergembira di atas padang. Ini membuktikan kami boleh bersaing dalam kedua-dua kejohanan Serie A dan Liga Juara-Juara.

“Pasukan ini mempunyai banyak kualiti, ‘senjata’ dan pilihan di bahagian serangan. Saya percaya kami boleh mengorak langkah jauh jika semuanya berjalan mengikut rancangan,” kata Giroud.

Menariknya, ini adalah jaringan kedua Pulisic daripada dua perlawanan Milan dalam kempen Serie A musim ini sejak dijual Chelsea dengan harga €22 juta (RM110.20 juta) pada Jun lalu.

Sementara itu, satu lagi pencabar musim ini, AS Roma mengalami kekalahan mengejut apabila tewas 1-2 kepada Verona yang beraksi dengan 10 pemain pada lewat permainan awal pagi semalam.

Verona meledak dua gol dalam babak pertama menerusi Ondrej Duda seawal minit keempat dan Cyril Ngonge pada minit ke-45+3.

Percubaan Roma untuk menyamakan kedudukan selepas meraih satu gol menerusi Houssem Aouar tidak berhasil walaupun Verona bermain dengan 10 pemain selepas Isak Hien menerima kad merah pada minit ke-84. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI