fbpx

Halle Berry bayar RM37,000 sebulan lepas bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halle Berry bercerai dengan bekas suami, Olivier Martinez pada 23 Ogos lalu.

SELEPAS lapan tahun turun naik mahkamah, pelakon terkenal Hollywood, Halle Berry akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, iaitu pelakon yang berasal dari Perancis, Olivier Martinez pada 23 Ogos lalu.

Difahamkan Martinez telah memfailkan perceraian terhadap Berry pada Oktober 2015, namun proses tersebut memakan masa selama lapan tahun membabitkan hak penjagaan anak mereka, Maceo.

“Akhirnya kami berpisah (bercerai). Moga ini jalan yang terbaik,” kata Berry.

Menurut laporan E Online, Berry dan Martinez akhirnya sepakat untuk mendapat hak penjagaan bersama anak mereka yang kini berusia sembilan tahun.

Dalam perjanjian mahkamah yang dibuat, pelakon filem Catwoman itu perlu membayar wang persekolahan, pakaian sekolah dan kelengkapan pendidikan anaknya sebanyak AS$8,000 (RM37,000) sebulan.

Seperti diketahui, kedua-dua mereka mula berkenalan sewaktu menjalani penggambaran filem Dark Tide pada 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI