fbpx

Nisbah gaji antara pekerja perlu diwujudkan, elak krisis sara hidup – SPCAAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan disarankan supaya mewujudkan nisbah antara pekerja bergaji paling rendah dan bergaji tertinggi dalam sesebuah organisasi.

Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’angelus, langkah itu sekali gus mengurangkan jurang kekayaan yang menyumbang kepada krisis kos sara hidup yang teruk di negara ini.

Selain itu katanya, kekurangan hak tawar-menawar secara kolektif dalam kalangan pekerja turut menyumbang kepada isu gaji tidak seimbang bagi komuniti B40 di negara ini.

Malah tambahnya, dianggarkan hanya enam peratus pekerja Malaysia yang mempunyai kesatuan sekerja termasuk yang tidak mempunyai hak perundingan kolektif.

“Tindakan pertama yang perlu dilakukan ialah menghapuskan pelbagai bentuk aktiviti antikesatuan yang telah dibiarkan terlalu lama.

“Pekerja-pekerja di negara ini tidak boleh diminta untuk terus sabar dengan sistem yang telah mengeksploitasi mereka terlalu lama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, kepimpinan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) ketika ini sedang mengambil strategi berdiam diri secara elegan sehingga tindakan mereka itu merugikan pekerja.

“Hak untuk memperoleh pendapatan yang lumayan adalah hak asasi manusia, yang dinafikan kepada pekerja-pekerja Malaysia.

“Sistem di mana pekerja diberi insentif untuk meningkatkan produktiviti individu dan kolektif adalah perlu, walaupun ia tidak menafikan kewajipan asas majikan untuk memastikan setiap pekerja mendapat jaminan pendapatan yang berpatutan,” katanya.

Ujar Anthony, sebagai sebahagian daripada mekanisme gaji progresif, kerajaan juga harus berusaha untuk memperkenalkan siling gaji.

Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, berkata gaji minimum RM1,500 masih dikekalkan di bawah kerangka dasar sistem gaji progresif yang bakal diperkenal oleh kerajaan.

Beliau berkata, sistem gaji progresif, yang dilihat paling relevan untuk diamalkan di Malaysia, perlu seiring dengan gaji minimum dan meningkatkan produktiviti pekerja sekali gus memberi keuntungan kepada majikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI