fbpx

Suami maafkan isteri ditangkap basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengerumui wanita itu dan kekasihnya selepas mereka ditangkap basah. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang suami memaafkan isterinya selepas wanita itu ditangkap menjalinkan hubungan terlarang dengan lelaki lain, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Kejadian berlaku di Jambi pada Rabu lalu.

Seorang wanita bertopi keledar kelihatan dikerumuni orang ramai di dalam sebuah rumah selepas dia ditangkap oleh suaminya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Walaupun ditangkap curang, si suami didakwa memaafkan perbuatan wanita itu kerana dia dikatakan masih menyayangi isterinya. 

Lelaki itu juga enggan membawa isterinya dan kekasih wanita tersebut ke balai polis.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Mungkin lelaki itu menumpang kekayaan isterinya. Kalau lelaki normal, dia masih mempunyai harga diri dan tidak akan memaafkan isterinya,” komen seorang netizen.

“Suaminya tidak mempunyai maruah,” komen netizen lain. – Agensi 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI