fbpx

Saroop Roshi dinobatkan Miss World Malaysia 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saroop Roshi (dua dari kanan) dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023.

KOTA KINABALU – Pelajar psikologi, Saroop Roshi, sebentar tadi dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2023.

Kemenangan gadis kelahiran Perak berusia 25 tahun itu sekaligus mengganti Wenanita Angang yang memegang gelaran sama tahun lalu.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pusingan akhir pertandingan ratu cantik berkenaan menyaksikan Saroop turut membawa beberapa hadiah iringan termasuklah wang tunai berjumlah RM15,000 dan barangan kemas.

Sementara itu, naib johan Miss World Malaysia 2023 diberikan kepada peserta berasal dari Pulang Pinang iaitu Natalie Ang manakala pemenang tempat ketiga dimiliki oleh Shu Wen Chai yang juga finalis kelahiran Sabah.

Acara pemahkotaan disempurnakan oleh Miss World Malaysia 2022, Wenanita Angang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI